Wednesday, April 22, 2009

P.E.R.S.I.M.P.A.N.G.A.N

Kita selalu diberi pilihan dlm hidup ni, pilihan-pilihan inilah yg akan menentukan hala tuju kita dan mencorakkn masa depan kita. dalam 26thn aku hidup, aku da banyak kali berada dlm situasi ini, situasi dimana kita akan berada di persimpangan yg perlu kita tentukan sama ada ke kiri atau ke kanan.. 

dan ....

tidak semua pilihan yang aku buat tu betul, x semua pilihan yang aku wat tu terbaik buat aku tapi setiap kali aku membuat pilihan, aku tekad dan pasrah atas apa pilihan aku. yang pasti, aku xkan membiarkan diri merasa menyesal dengan pilihan yang aku dah buat... 

bila......

Keputusan sudah dibuat, aku akn nilaikan hasil dari pilihan yang aku buat. Aku sentiasa ingatkan diri bahawa tiada perkara yang jadi dengan sendiri, mesti ada "sebab dan akibat"... 

YA!!! 

sebab dan akibat....Sebab memilih dan akibat dari pilihan yang aku buat...terlalu banyak contoh dan tidak terkira keadaan dimana aku berada dipersimpangan ini...tak terlarat rasanya na cerita kat sini...setiap keputusan yg aku buat, aku cuba melihat dari pelbagai sudut...aku cuba bukakan mata hati aku dan tidak membenarkan ia hanya melihat dari satu sudut sahaja.. aku cuba dan terus mencuba melihat keputusan yg aku buat dari sudut positif dan negatif..apakah impak keputusan aku ini..... tp,sesungguhnya aku tidak pernah menyesal atas segala pilihan yang aku buat....

kerana.....

aku melihat dunia ini adalah satu bilik darjah yang luas.... segala kesilapan dalam pilihan,walau seburuk atau seteruk manapun aku tidak akan menyesal kerana dengan kesilapan-kesilapan itu, aku berjaya mempelajari 1 ilmu baru,tapi,aku akan seboleh2nya pastikan ia tidak akan berulang... LESSON LEARNED...ayat yg akan aku beritahu kedalam diri aku... teringat kata2 seorang sahabat baikku 

"kalau buat salah sekali , belajarlah....
kalau buat salah dua kali, belajarlah...
kalau buat salah tiga kali, belajarlah....
kalau buat salah empat kali, celakalah pada dirimu..."

Aku xkan biarkan aku dicelakakn oleh diriku sendiri..

kini.....

aku berada di persimpangan lagi... persimpangan hidup yang bagi aku akan mencorakkn masa depanku, bakal keluargaku dan segalanya.. aku harus berhati2 memikirkan dalam membuat keputusan ini.. terlalu banyak kemungkinan yg mungkin terjadi, terlalu besar akibat yang perlu aku tanggung...terlalu berat dan buntu aku memikirkan pilihan2 yang ada.... aku harap keputusan yang aku buat dalam masa terdekat ini....

ADALAH YANG TERBAIK!

p/s : td berbual dengan bonda, inginkan pendapat bonda berkenaan hal ini....masih terngingang2 apa yang bonda pesan :

"abg, segala-gala dalam hidup ni datang dari Allah, kalau kita buntu.. mintalah bantuan darinya...pendapat mak, ko watla semayang istikharah...minta petunjuk dari-Nya.."

"Insyallah mak"

No comments: