Tuesday, April 28, 2009

D.E.B.T.

korang penah berhutang? atau ada penah hutang kat org?

bole x sesape ajar camne cara paling halus na mintak balik hutang?

serba salah aku skrg ni...

bkn kecik2 anak amaun yg dipinjam.....tu yg cam berat jek hati nak menghalalkan

susah la ini macam.... masa na pinjam.. lembut gigi dari lidah!!

jujur aku rasa da macam melepaskan anjing tersepit

sedara.. harap dapatla ek settlekan utang tu.. da 4bln da ni...


Quote dari bonda :

"kalau betul niat na tolong org, dari ko bg kat org yg pinjam tp x pulang, baik ko dermakan kat umah anak2 yatim ke, sedekah kat orang miskin ke... baru dapat pahala..
ni bkn pahala, dosa adalah.. yelah.. dok ngutuk org yg xbayar tu"

"yela...yela.....(pasrah.....)"


notakaki : aku bukan berkira tau! cuma kereta tu da banyak sakitnye.. ni skrg cover ngan panadol jekk. kang kena selesema khinzir, mau berbasikal aku ke opis nnt....



Wednesday, April 22, 2009

P.E.R.S.I.M.P.A.N.G.A.N

Kita selalu diberi pilihan dlm hidup ni, pilihan-pilihan inilah yg akan menentukan hala tuju kita dan mencorakkn masa depan kita. dalam 26thn aku hidup, aku da banyak kali berada dlm situasi ini, situasi dimana kita akan berada di persimpangan yg perlu kita tentukan sama ada ke kiri atau ke kanan.. 

dan ....

tidak semua pilihan yang aku buat tu betul, x semua pilihan yang aku wat tu terbaik buat aku tapi setiap kali aku membuat pilihan, aku tekad dan pasrah atas apa pilihan aku. yang pasti, aku xkan membiarkan diri merasa menyesal dengan pilihan yang aku dah buat... 

bila......

Keputusan sudah dibuat, aku akn nilaikan hasil dari pilihan yang aku buat. Aku sentiasa ingatkan diri bahawa tiada perkara yang jadi dengan sendiri, mesti ada "sebab dan akibat"... 

YA!!! 

sebab dan akibat....Sebab memilih dan akibat dari pilihan yang aku buat...terlalu banyak contoh dan tidak terkira keadaan dimana aku berada dipersimpangan ini...tak terlarat rasanya na cerita kat sini...setiap keputusan yg aku buat, aku cuba melihat dari pelbagai sudut...aku cuba bukakan mata hati aku dan tidak membenarkan ia hanya melihat dari satu sudut sahaja.. aku cuba dan terus mencuba melihat keputusan yg aku buat dari sudut positif dan negatif..apakah impak keputusan aku ini..... tp,sesungguhnya aku tidak pernah menyesal atas segala pilihan yang aku buat....

kerana.....

aku melihat dunia ini adalah satu bilik darjah yang luas.... segala kesilapan dalam pilihan,walau seburuk atau seteruk manapun aku tidak akan menyesal kerana dengan kesilapan-kesilapan itu, aku berjaya mempelajari 1 ilmu baru,tapi,aku akan seboleh2nya pastikan ia tidak akan berulang... LESSON LEARNED...ayat yg akan aku beritahu kedalam diri aku... teringat kata2 seorang sahabat baikku 

"kalau buat salah sekali , belajarlah....
kalau buat salah dua kali, belajarlah...
kalau buat salah tiga kali, belajarlah....
kalau buat salah empat kali, celakalah pada dirimu..."

Aku xkan biarkan aku dicelakakn oleh diriku sendiri..

kini.....

aku berada di persimpangan lagi... persimpangan hidup yang bagi aku akan mencorakkn masa depanku, bakal keluargaku dan segalanya.. aku harus berhati2 memikirkan dalam membuat keputusan ini.. terlalu banyak kemungkinan yg mungkin terjadi, terlalu besar akibat yang perlu aku tanggung...terlalu berat dan buntu aku memikirkan pilihan2 yang ada.... aku harap keputusan yang aku buat dalam masa terdekat ini....

ADALAH YANG TERBAIK!

p/s : td berbual dengan bonda, inginkan pendapat bonda berkenaan hal ini....masih terngingang2 apa yang bonda pesan :

"abg, segala-gala dalam hidup ni datang dari Allah, kalau kita buntu.. mintalah bantuan darinya...pendapat mak, ko watla semayang istikharah...minta petunjuk dari-Nya.."

"Insyallah mak"

Monday, April 6, 2009

P.A.R.A.N.O.I.A

Paranoia : Paranoia is a thought process characterized by excessive anxiety or fear, often to the point of irrationality and delusion. Paranoid thinking typically includes persecutory beliefs concerning a perceived threat towards oneself
(Source by Wikipedia)

Korang penah rasa perasaan ni x? normal ke rasa camni?

Aku rasa aku sgt2 tengah paranoid sekarang ni...betul ke benda yg aku sgt2 takuti ni akan belaku?

Pengalaman ia berlaku 1x tu dah cukup dah!!!

xkan ia belaku lagi??

apa salah aku?


AKU MEMERLUKAN KEPASTIAN...
AKU XSANGGUP SELAMANYA BEGINI!!!!!!!


APA YG KU MAHU HANYALAH KEBENARAN

SUSAHKAH?????!?!?!

Aku sangat berharap ini semua hanya mainan perasaan aku sahaja..