Thursday, May 15, 2008

Apa salahnya perempuan tak pandai masak?

Artikel taken from here

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"

Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.


Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan merekasebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku jumpa artikel ni di friendster mengenai tajuk yang bagi aku agak common utk situasi anak dara + teruna .

Pendapat aku tentang perkara ini:

1. Memasak bukan tanggungjawab utama wanita tapi wajib untuk wanita untuk melayan kehendak suami.So, kalo da suami soh masak n balik2 jawapannye “alaa, xtau la..” atau “takut x sedap” malah jika “tak tanya resepi lagi kat cik nab(bkn nama sebenar)” dan ia berakhir makan kat kedai. Suami ner tahan kan? Nnt bile da suami cari org lain, time tu la mula bising cakap laki ni mata keranjang la, x cukup ngan satu la.. dll.

2. ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya bagi aku adalah ungkapan yang paling tepat untuk situasi Suami Isteri . kalo aku pon, one of my life partner criteria is person who can cook.

3. Mengenai gaji lebih tinggi @ penyumbang kepada kewangan rumahtangga. Bagi aku ini adalah tanggungjawab lelaki sepenuhnya dan kalo isteri na tolong membantu.. diulangi, membantu.. ia adalah satu bonus. Kalo isteri xna tolong , ia x jadi masalah dan suami masih kena menyara kerana ia adalah tanggungjawabnya. Hal duit adalah satu isu yang sangat sensitive. Kalo da xna mengungkit, jgn bagi for da 1st place n kalo na bagi, ikhlaskan la atas niat membantu suami.Pesan mak aku pasal hal duit ni “fizul, ko jangan main2 ngan duit. Pasal duit adik beradik pon boleh berbunuh tau”. Aku sangat pegang kata2 ini.

4. menjadi imam keluarga adalah tanggungjawab utama suami. Imam ni bukan saja dlm hal2 agama, malah segala hal2 lain cam ekonomi keluarga, petadbiran dll. So, sebelum kawin… ni pendapat aku laa.. sebelum kawin, lelaki mesti da aware ttg hal ni and patut da prepare. Sebab org laki kena ingat yang pas kawen, dosa isteri+anak2 dia yang tanggung. Its not easy rite?

5. Masalah x konfiden pada aku disebabkan suami tu x realize fakta ini atau lelaki tu x kawin lagi.. pada pendapat aku lagi, kalo boypren yg bila ditanya nape xna kawen lg, on of the reason is he not ready to take this responsibility.

6. mengenai ramai lelaki yang takut jadi imam? Serius aku xpenah rasa takut jd imam. Dan aku x jumpa kawan2 aku yg xkonfiden@ takut jadi imam.. tp x taula kan di mana tuan empunya artikel ni wat survey, maybe di ZOUK kot?

Kesimpulan :

Pada pendapat aku, kita ni saling melengkapi antara kita dan pasangan kita. Sebelum berkahwin, dua2 pihak mestila mempersiapkan diri masing2. Maybe dengan pihak laki dengan kemahiran2 kepimpinan keluarga dan pihak wanita dari segi menjaga suami dan anak2. Kalo masing2 masih memikirkan dan mencari kelemahan pasangan masing2, aku rasa orang camni masih lom sedia kawen laie..


p/s : Its only my point of view about this situation. feel free to comment.

11 comments:

Muslimah Identity said...

pentingnya tau masak pada aku sebab seorang wanita itu kan jadi seorang ibu kepada anak2 dan isteri kepada seorang suami .."air tangan " ibu dan isteri inilah yang akan menambahkan perisa kasing sayang dan rahmah dalam kebahagian sebuah keluarga.. tambah2 bagi isteri dan ibu yang solehah..masaknya diiring zikrullah dan doa untuk kebahagian ahli keluarganya..dengan hati yang ikhlas haha indahkan Islam? ;)takkan timbul salah menyalah andai faham erti sebuah perkahwinan :)

ruru said...

perempuan tak pandai masak tak pe daripada tak tahu langsung memasak..
tak tahu tu bukannya apa..mim alif lam sin :P
lelaki pun kalau masa bercinta boleh terima baik buruk perempuan tu..jadi masa kahwin la tugas sang lelaki nak perbetulkan..

hidayati yahya said...

aku selalu masak tp SELALUnye tak sedap. anyhoo aku tak peduli.. call je la mak minta resepi. kalo berani, call la bakal mak mertua tanye camne nk msk lauk yg boyfren kite suke.. ngeh3

Apizolla said...

annuur : tol2, sangat2 setuju ngan ko

ruru : aku pon rasa cam ko.. aku rasa pembuat artikel ni pon termasuk dlm golongan mim alif lam sin

goku said...

sbnarnyer klu hdup berumah tangga.. memasak bukanlah kerja sepenuh masa bagi seorang isteri.. ianya adalah kerja seorang suami.. mencuci pakaian kerja suami.. menyediakan makan.. pakaian.. tempat tinggal.. dan sebagainya adalah kerja sepenuh masa suami.. tugas isteri sebenarnya adalah melayan suami.. itu sahaja.. dan juga membantu suami..
tp org kt dah tebalik.. dapur2 basuh baju isteri buat.. kelaki goyang kaki.. pas 2 kurang saner sini semua isteri.. mind setting kt semua dah salah.. so org lelaki jejager.. ingat senang jadik suami.. ingat nk besokn telur jer..

Apizolla said...

edot : bg aku, bukan sedap yg dimaukan, tp ikhlas.. :D

Eizu Azwandi Bin Aziz said...

Bagi aku, persefahaman lebih memainkan peranan yg penting. Kalo ada ni, takkan timbul masalah "sape yg patut, sape yg tak". Mmg betul lelaki diAMANAHkan oleh Allah utk menjadi IMAM kepada individu, KELUARGA dan masyarakat. Tapi, tak buleh dinafikan wanita juga diAMANAHKAN oleh Allah untuk menjaga akhlak, menjaga hak2 suami dan keluarga. wassalam

Unknown said...

emon, kalo IKHLAS bole dimakan, ko bole jadi kurus kering tau? kamonlaaa~ lelaki sume akan rase kembang tekak kalo bini masak tak sedap! ade yg komen dgn care betol, ade yg xreti komen. nk komen bole.. tp bygkan dulu betapa byk effort org pompuan tu buat tuk sediakan mknn. jgn arr sound "ini kayu kaaa.. ayam kaa?" @ yg lebih pedih dari tu...

aku setuju dgn mohd. lelaki juge ptt sediakan pembantu kalo isteri xdpt buat sume keje rumah. ikot bajet, aku mmg xmampu la nk hire maid, so by hook or by crook.. kene wat sume keje. hrp2 dpt kawen dgn lelaki yg salu tlg aku wat keje rumah.. cam.. ehem2

Apizolla said...

mohd : that's what i call "tolerate"

eizu : i hope i can be be that "man"

edot : ntahla edot, for me, if she had effort to cook for me, its more than enough.. sedap x sedap blakang kira~~ hehehhe.. mybe pasal aku tekak ular kot? jenis telan jek sume..kui..kui..kui..

lydia said...

hurmmm..
in my opinion la...
kne ader give n take..
baru betul..
kalo nak ikut bebetul cara islam..
memang wife kne layan husband jerk..
husband yg kne wat sumer kijer..
tapi.. mampu ker orang lelaki sekarang nak buat mcm tu?
tepuk dada, tanya minda..

lydia said...

"xsalah..
tapi lagi bagus kalo pandai..
boleh makan sendiri!!"
(noen <--my opismate)