Tuesday, May 27, 2008

H.O.U.S.E


Semalam , mak ngan abah g tgk rumah. sangat x sabar na dok umah baru!!
tp, aku dok KL.. uhuhuhhuhu..
Dari depan


pandangan depan


Laman


Pandangan Sisi


lagi pandangan sisi

Thursday, May 15, 2008

Apa salahnya perempuan tak pandai masak?

Artikel taken from here

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"

Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.


Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan merekasebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku jumpa artikel ni di friendster mengenai tajuk yang bagi aku agak common utk situasi anak dara + teruna .

Pendapat aku tentang perkara ini:

1. Memasak bukan tanggungjawab utama wanita tapi wajib untuk wanita untuk melayan kehendak suami.So, kalo da suami soh masak n balik2 jawapannye “alaa, xtau la..” atau “takut x sedap” malah jika “tak tanya resepi lagi kat cik nab(bkn nama sebenar)” dan ia berakhir makan kat kedai. Suami ner tahan kan? Nnt bile da suami cari org lain, time tu la mula bising cakap laki ni mata keranjang la, x cukup ngan satu la.. dll.

2. ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya bagi aku adalah ungkapan yang paling tepat untuk situasi Suami Isteri . kalo aku pon, one of my life partner criteria is person who can cook.

3. Mengenai gaji lebih tinggi @ penyumbang kepada kewangan rumahtangga. Bagi aku ini adalah tanggungjawab lelaki sepenuhnya dan kalo isteri na tolong membantu.. diulangi, membantu.. ia adalah satu bonus. Kalo isteri xna tolong , ia x jadi masalah dan suami masih kena menyara kerana ia adalah tanggungjawabnya. Hal duit adalah satu isu yang sangat sensitive. Kalo da xna mengungkit, jgn bagi for da 1st place n kalo na bagi, ikhlaskan la atas niat membantu suami.Pesan mak aku pasal hal duit ni “fizul, ko jangan main2 ngan duit. Pasal duit adik beradik pon boleh berbunuh tau”. Aku sangat pegang kata2 ini.

4. menjadi imam keluarga adalah tanggungjawab utama suami. Imam ni bukan saja dlm hal2 agama, malah segala hal2 lain cam ekonomi keluarga, petadbiran dll. So, sebelum kawin… ni pendapat aku laa.. sebelum kawin, lelaki mesti da aware ttg hal ni and patut da prepare. Sebab org laki kena ingat yang pas kawen, dosa isteri+anak2 dia yang tanggung. Its not easy rite?

5. Masalah x konfiden pada aku disebabkan suami tu x realize fakta ini atau lelaki tu x kawin lagi.. pada pendapat aku lagi, kalo boypren yg bila ditanya nape xna kawen lg, on of the reason is he not ready to take this responsibility.

6. mengenai ramai lelaki yang takut jadi imam? Serius aku xpenah rasa takut jd imam. Dan aku x jumpa kawan2 aku yg xkonfiden@ takut jadi imam.. tp x taula kan di mana tuan empunya artikel ni wat survey, maybe di ZOUK kot?

Kesimpulan :

Pada pendapat aku, kita ni saling melengkapi antara kita dan pasangan kita. Sebelum berkahwin, dua2 pihak mestila mempersiapkan diri masing2. Maybe dengan pihak laki dengan kemahiran2 kepimpinan keluarga dan pihak wanita dari segi menjaga suami dan anak2. Kalo masing2 masih memikirkan dan mencari kelemahan pasangan masing2, aku rasa orang camni masih lom sedia kawen laie..


p/s : Its only my point of view about this situation. feel free to comment.