1998 - (Sekolah Menengah Tasek Utara)aku -3RKA1
dia - 1KMT1
aku berjalan ke kantin sekolah bersama kawan2, tiba-tiba mata tertumpu ke
dia dalam sekumpulan gadis2 kecil di tempat membeli air kotak, entah kenapa
dia yang menjadi tumpuan mata. mata terus memandang ke hadapan tanpa menyedari itula permulaan segalanya.
***********
2000 - (Kompleks Sukan Larkin, Johor Bahru)aku -Ahli Silat Kalimah (Sekolah Teknik Johor Bahru - 5E1)
dia - Ahli Silat Kalimah (Sekolah Menengah Tasek Utara - 3KMT1)
aku : eh, budak tasek ek?
dia : haah...(sambil mata mengerling ke kanan dan kiri, seperti tidak selesa)
aku : Oh... dah lama masuk silat ni?
dia : dah tamat dah pun (masih tidak selesa)
aku : ohhh.. okla.. jumpa lagi (terperasan ada mata memerhati kami)
dia : oh.. ok... bye(berlalu pergi ke sudut berjumpa seorang lelaki )
dia : .......(berbual mesra)
aku : (memandang)ohh.. dah berpunya rupanya
***********
2004 - (Kolej Tun Dr. Ismail, Universiti Putra Malaysia)aku -Ahli Sekretariat Rekreasi (tahun ke-3)
dia - Ahli Sekretariat Rekreasi (tahun ke-1)
*panggilan biasa junior kpd senior
dia : abang*...abang*...
aku : (menoleh)
dia : abang dulu sekolah tasek ek?
aku : (terkejut) eh, mana tau?
dia : saya dulu satu sekolah dengan abang
aku : (merenung) eh... yeke? wahhh.... jom lepak jap.. exited ni jumpa budak sekolah lama ni.
dia : erm.. ok
aku : nama siapa?
dia : lydia....
-berjalan kami bersama menuju tempat bersantai di dataran melur.
bermulalah per.C.I.N.T.A.an yang sepatutnya boleh bermula lebih awal lagi kan?
hehhehhehheh
*fakta penting1) aku dan dia bersekolah menengah di tempat yang sama (berjumpa tetapi tidak kenal)
2) aku dan dia menyertai persatuan silat yang sama walaupun berlainan sekolah (kenal tapi tidak tahu nama)
3) aku dan dia berada di kolej yang sama
4) aku dan dia menyertai persatuan yang sama di Universiti (di sinilah bermulanya segala-galanya)
p/s: Dia datang jumaat ni, harap segalanya berjalan lancar.